Ketika saat mengcekam alam,
terpupus istilah minit dan jam,
menunggu masa untuk semuanya kelam,
Adakah ini yg dikatakan kehancuran alam
Disaat sang mentari merubah lagak dan gaya,
seluruh manusia tertanya-tanya,,
adakah ini kehidupan yang nyata,
atau masih di alam fana yg dipenuhi sang pendusta.
Perasaan riak mulai tiada.
yang ada cumalah amalan dan taqwa.
namun adakah ia dikira,
buat bekalan takkala berjumpa yang maha esa.
Perasaan hiba mulai tiba,
ketakutan yg nyata mulai dirasa,
teriakan tidak menberi makna,
amalan didada pengabdian sejahtera.
Aduhai masa,
aku belum bersedia untuk menempuh saat duka,
kerana diri diselubungi dosa.
supaya diri tidak merana di sana.



No comments:
Post a Comment